sekeping surat buat kamu..

sekeping surat buat kamu..

Friday, September 14, 2012

'ber' Rehlah di taman rekreasi air panas ulu legong baling..kedah

Assalamualaikum kawan-kawan...huda doakan semoga anda sihat-sihat belaka....ok..huda nak tanya siapa pernah datang tempat ni? cepat2... angkat tangan tinggi2...hehe..
mesti ramai kawan2 huda yang dah jejak kolam air panas kat baling ni kan?  saje je nak kongsi cerita sepanjang perjalanan huda dan 3 sahabat yang lain jusmaniza, laila, dan kak farhana ke tempat ni...perjalanan yang penuh suka dan duka...eh? duka? tak lah duka sangat..tapi ada halangan2 yang Allah pilih kami untuk laluinya...tapi Alhamdulillah, berkat kerjasama kami sepanjang perjalanan,kerjasama masing2 tak tido sepanjang perjalanan, supaya pemandu x mengantuk dan penat, kami dapat tempuh dengan sabar, dan akhirnya dapat pulang dengan selamat.

sebelum itu, huda nak ucapkan berbilion terima kasih kepada sahabat huda, merangkap pemandu sepanjang perjalanan pergi dan balik iaitu jusmaniza bt masbah sebab dah bawa kami pergi ke baling dan pulang ke uum dengan selamat, dengan keadaan cuaca di kedah ini yang kerap kali hujan lebat menyebabkan kami perlu berhati2 sepanjang perjalanan.

baiklah...meh cuci mata tengok gambar2 ni dulu...



lebih kurang pukul 4 petang kami bertolak ke sana menaiki kereta sewa...rancang memang nak isi minyak di changloon, tapi malangnya beberapa km je nak exit changloon, kereta kami kehabisan minyak. masing2 tercengang. otak dah x boleh nak fikir apa perlu buat....dah la kami ni semua perempuan. tapi Alhamdulillah Allah mudahkan kereta kami terberhenti betul2 depan 1 kedai runcit ni. dengan keadaan yang hujan lebat, kami dengan muka tebal seinci..(seinci cukup laa..hihi) tanya pakcik kedai tu ada jual minyak kereta ke x. pakcik tu kemudiannya angguk sambil cakap, tinggal 2 botol je. kami pun seronok la, x sangka kedai ni ada jual. cuma 2 botol minyak tu cukup2 untuk sampai ke cmart changloon. tapi itu kami tak risau sebab di sana nanti kami boleh isi minyak lain. lega kami, dan akhirnya kereta sewa kami dapat bergerak terus menuju ke destinasi.weeeehooooo......

sepanjang perjalanan, kami berbual, makan popia yang huda bawak,makan asam yang laila beli,makan roti berjemkan mayonis,dan tak ketinggalan juga ada sesi 'tazkirah maghrib' dari huda..hihihi..ada macam2 lagi kami buat sepanjang perjalanan supaya kami tak ngantuk dan pemandu pun tak bosan.

tiba2 perjalanan kami dikejutkan dengan 1 pokok tumbang. sebab hujan lebat dan angin kuat. tapi tiada apa2 berlaku pada kami. dan mujurlah kereta kami kereta kancil, so muat la nak lalu bawah pokok tumbang tu. sebaik kami x bawak lori.hhi...kalau tak terkandas la kami kat jalan tu sampai malam...=p

tepat jam 7.30 malam, kami sampai ke destinasi dan kami bermalam di rumah sahabat kami di baling. kami di jamu makanan yang sedap malam tu. nasi, ayam masak merah,ulam-ulaman, ikan goreng dan banyak lagi......kemudian pukul 10 malam kami pun bersiap2 untuk bertolak ke kolam air panas. ''masa untuk enjoy!!'' huhuhu


haaa...ni la tempatnya...kami ingat kan, kami tak berkesempatan pergi ke sini, sebabnya malam tu pun hujan. mujur la hujan sekejap je. so dapat la kami nikmati kolam air panas di situ. Tiket masuk ke tempat ni seorang RM6. kami datang awal. Jadi orang tak berapa nak ramai lagilah. selalu orang mula ramai masa pukul 2 atau 3 pagi. perjalanan ke tempat ni agak menyeramkan sedikit bila waktu malam. sebabnya jalan kiri kanan hutan. dan jalannya gelap sangat......takott...huhu..OK..pukul 12 kami pulang..dan tidur dengan nyenyaknya untuk kumpul tenaga nak mandi sungai esoknya.....yeyyy...^^


Hari esoknya selepas subuh, kami menyediakan sarapan. Menu kami bihun singapore dan nuget. Dan kemudian kami ke pasar beli 2 ekor ayam untuk buat ayam bakar dan ayam masak lemak. Dah siap semua makanan...apa lagi berkelah lah kami kat tepi sungai sambil mandi manda....Ya Allah..tersangatlah best mandi sungai yang sejuk sangat tu. tapi kami mandi tepi2 je. sebab air agak deras. musim hujan kan. seronok punya seronok, ada seorang dari kami kena gigit pacat.hahahahaha...nak tahu siapa? pemandu berhemah kami tu la...hehe 

kemudian lepas solat zohor kami bertolak pulang ke uum. cuaca seperti biasa hujan. Dan Alhamdulillah lebih kurang pukul 5  kami semua selamat sampai. penat, tapi sangat seronok...25 jam berpicnic!!

perjalanan ini...makin mengeratkan jalinan ukhuwah kami..
dari kiri: atas: jusmaniza (pemandu berhemah),kak farhana, laila.
bawah: huda appandi (me..^^)
kami..sedang menikmati kehangatan air panas. :)


antara aksi mereka yang menghiburkan hati..^^