sekeping surat buat kamu..

sekeping surat buat kamu..

Saturday, March 16, 2013

✿..UUM 2nd intake batch party dalam kenangan..✿

..15 march 2013..
 ..cerita ini tentang kami..
iyaa...tentang kami semua..^^
(siap tuka tempat lagi dari tangga ke rumput nak bagi tau yang cerita ni betul-betuul tentang kami :p)
Assalamualaikum sahabat semua.. moga semua sahabat-sahabat huda sihat walafiat dan huda doakan semoga anda semua sentiasa Allah pilih untuk mendapat Rahmat kasih sayangNYA. Di sini huda nak cerita sikit tentang majlis bersama sahabat UUM 2nd intake huda. kami ada buat jamuan makan sempena ramai yang dah nak habis pengajian di UUM ni. InsyaAllah semester ni huda semester akhir. itupun kalau tak de subjek yang sangkut lah. dah hampir dua tahun setengah di sini.doakan huda dipermudahkan ye kawan-kawan. :)

Masa dapat tahu jamuan ni memang exited sangat nak pergi. sebab masa ni la nak jumpa balik semua sahabat-sahabat batch. untuk pengetahuan, batch huda ni tak ramai kalau nak di bandingkan dengan batch 1st intake. huda tak pasti berapa. tapi ada la kot dalam 100 something. kalau jumpa kat mana-mana InsyaAllah masih cam.

sepanjang jamuan batch ni meriah sangat. mula berkumpul jam 5.30 petang. daftar kehadiran, tangkap-tangkap gambar. Allah.. bahagia sangat masa tu. iyelah, kalau tak, masing-masing sibuk dengan kelas, asignment dan program. oh lupa, masa sampai je untuk daftar nama, kami kena isi nama sahabat2 untuk anugerah yang ada. bawah ni senarai anugerahnya. susah betul nak pilih orang-orang nye. huda hantam je. ada juga yang tak logik nama yang huda letak. sebab susah nak bayangkan personaliti orang nya. hehe..
paling susah nak isi anugerah kawan paling maharajalawak.fuh..berpeluh2 isi nama budak tu.hehe

ok, lepas sesi fotografi tamat kami semua solat maghrib sebelum acara kemuncak bermula. Apa acara kemucak tu? hee.. makan la..masa tu perut dah kriuk kriuk da. makanan dia tersangatlah sedap. masa ambik makanan pun dah tak pandang sesiapa dah. straight je jalannya.apatah lagi masa makan kan. sambil kami semua menikmati makanan yang sedap tu, sambil dengar nama-nama anugerah yang dah di pilih dipanggil satu persatu. aduduu... kelakar pun ada. sebab ada yang sesuai terima anugerah tu tapi ada jugak yang tak disangka-sangka. bila dengar nama penerima anugerah yang macam tak sesuai tu tergelak-gelak sambil buat muka errr..apepasal dia pulak?? hehe. sebaik dapat cover gelak. takut jugak sebab tengah makan kan. :p 

lepas sesi anugerah tu, jeng..jeng.. tibalah sesi tukar-tukar hadiah. yang menariknya kita tak akan tahu siapa pemberi hadiah tu. hanya yang yang beri je tahu siapa penerimanya. huda kena bagi hadiah kat sorang sahabat ni. namanya... ahah! biarlah rahsia. lelaki ke perempuan? ntah.. mana boleh habaqkan.. :) 

  • kepada penerima hadiah huda. jika anda baca blog ni, maaf kalau kamu tak suka hadiah tu. jenuh pikiaq nak bagi apa tau dak?? hehe. sapa yang tahu tu senyap2 je ye. buat macam takde apa2 berlaku.kita berlatih belakon.be cool ok? hehe..

  • buat si pemberi hadiah kat huda.. huda nak ucap terima kasih sangat2. huda hargai pemberian KAMU.cantik hadiahnya wahai si 'kedekut'.antara feveret kaler huda, putih. ^^ (hello..pandai pilih nampak??) hehe..sampai sekarang huda tak tahu siapa bagi. lelaki atau perempuan? huda rasa macam.. eh entahla. tak kisah la siapa KAMU..yang penting kita berSAHABAT DUNIA AKHIRAT. 

terima kasih atas nasihat yang berguna tu.. ^^
tadaaa... ni lah hadiahnya. (macam bisa ku lihat jam ni.tapiii..dimanaya?heheh)


Alhamdulillah..kenyang sekenyang-kenyangnya.^^
~uum2ndintake2010/2011batchparty~
 sahabat itu yang saling ingat mengingatkan..
 sahabat itu yang saling bantu membantu pabila susah dan senang..
 sahabat itulah yang sentiasa menjaga ukhuwahnya kerana Allah.. :)
 pemberian antara 1 sama lain..
 mereka akan sentiasa di HATI..
tak dilupakan  cameraman and camerawomen.. :) 
juga yang bagi tumpangkan kereta. yang banyak bertungkus lumus arrange program dari awal collect duit, datang bilik untuk cabut undi nama2,setup tempat dan mkanan yang sangat sedap.and paling penting terima kasih pada yang menyumbangkan suara mereka masa panggil nama untuk hadiah tu.mesti korang sakit tekak kan. tapi dengan adanya suara korang2 ni memang meriah sangat majlis tu.sekali lagi terima kasih korang..

p/s: KALIAN..akan sentiasa diingati..dan moga ukhuwah kita kekal hingga akhir hayat 
                                                               =,)




2 MaDaH IkhLaSmu..:

kakcik said...

Salam akak, ada beza ke pelajar 2nd intake dgn pelajar rayuan? Sy xdpt upu baru2 ni n buat rayuan. Kalau rayuan masuk bila eh? Sy lepasan diploma

nazurahtul husna said...

salam.sy nk tnya yg sec0nd intake ni bila ye slalu dpt tau result dye?n mlalui apa?online or dye anta blk f0rm yg pnh kta send dlu blk kt kta?

Post a Comment