sekeping surat buat kamu..

sekeping surat buat kamu..

Thursday, November 14, 2013

Praktikal di Lembaga Zakat Selangor


Assalamualaikum uolss…

Kalau tak sihat makan ubat. Kalau IMAN TAK SIHAT, a ha haa… jaga-jaga..! Banyakkan zikir dan selawat. Dekat kan diri pada pencipta. Kalau tak, diri ni makin jauh..jauh..dan JAuhhhh dengan Allah.

 Lagi SAKIT. PERIT.

Entry jamilah kali ini huda nak kongsikan pengalaman huda sepanjang praktikal di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kalau nak tahu, masa  semester  5 di UUM, Sintokyo, Kedah, huda mohon LZS cawangan sungai buloh sebagai tempat praktikal. 

Dekat.

10 minit je jalan kaki dari rumah. Sebab tak nak ada kos minyak, tol dll. Jalan kaki keluar peluh sihat sikit. ^^ 

2 minggu lepas permohonan, terus LZS bagi feedback yang huda diterima intern kat tempat tu. 

Alhamdulillah.

Syukur sangat Allah mudahkan. Tak perlu lah susah2 nak mohon tempat lain lagi. Duduk diam2 kat UUM tu belajar dan buat asignment.

Nak dijadikan cerita, Allah nak uji sikit je. Tapi diri ni macam susah je nak terima. Dapat panggilan dari LZS yang huda tak boleh intern di cawangan Sg. Buloh. Kena pergi HQ Shah Alam. Dah la tak pernah nak round2 shah alam yang sememangnya banyak round about. (tak suka round about!) Kereta pun dah la jarang2 nak bawak. Sebab ayah tak berapa nak benarkan anaknya drive. Sayang kereta katernye.. bukan sayang anaknye..hehehe..kecik hati mak! So selamani asyik bawak lesen kereta je lah. Nak bawak kereta tu susah betul rasanya. Hemm..Kebetulan ayah baru keluar Hospital. Ingat kan kalau dapat di cawangan Sg. Buloh dekat sikit nak tengok2 ayah kat umah time2 rehat. Ummi cakap takpelah. Ade hikmah tersembunyi kenapa dapat kat Shah Alam.

Dengan berat hati tanggal 15 julai 2013 mula lapor diri sebagai pelajar praktikal di Lembaga Zakat Selangor Shah Alam di bahagian agihan zakat sektor perancangan & pemantauan. Huda minta di tempatkan di bahagian kewangan sebab nak bagi relate dengan kos kewangan tapi tiada kekosongan tempat. Bahagian HR nak letak huda bahagian khidmat pelanggan. Kena jadi operator. Tapi huda mohon tukar sebab jauh dengan bidang. Lagi pula ketua  bahagian khidmat pelanggan pun tak berapa nak setuju terima huda di bahagian dia. Akhirnya huda ke bahagian agihan lah.

Di sektor tersebut huda banyak diberi tanggungjawab untuk menyediakan bajet agihan zakat 2014. Ada hikmahnya. Sebab tak dapat pergi bahagian kewangan tapi dapat buat banyak perbincangan dengan bahagian tu. Nak buat laporan praktikal pun ada la idea di samping dapat menimba pengalaman tentang kerja2 buat bajet.

Di bahagian agihan pun dapat kenal ramai kawan2 berlainan sektor. Macam sektor pendidikan, pembangunan ekonomi dan lain2 sektor. Alhamdulillah kawan2 kat sini semua baik2. Kalau mula2 kenal tu biasa la malu2 kucing lagi. Diam je. Dah dua tiga minggu kerja, letih la kan nak jadi pendiam je. Penat. Bagi je topik. nanti pandai la huda bukak cerita. Huhu..

Di LZS ni suasana kerja dia best. Banyak juga program2 kerohanian di sini. Ada bacaan yasin mingguan, dan ceramah agama. So takdelah lalai sangat. Bukan nak cakap tempat kerja lain tu suasana agama dia tak banyak tapi huda tahu tahap mana diri huda. Huda tabik la kawan2 yang kuat imannya walau suasana islam tak berapa nak ada sangat di tempat kerja atau belajar diorang.

Tapi yang pasti walau di mana pun kita berada, sama ada tempat kita tu suasana islamnya ada atau tidak, diri kitalah yang perlu wujudkan suasana islam di situ. Itu tanggungjawab kita. Bukan tunggu suasana itu dekat dan hadir dalam diri, tapi kita yang perlu memulakannya dulu. Huda masih pegang kata2 adik junior sekolah huda dulu. Bagus budak nya.

Setelah 4 bulan berkhidmat sebagai pelajar praktikal, supervisor sudi nak sambungkan huda bekerja sebagai pekerja sementara di  bahagian dan sektor yang sama. Dalam masa 4 bulan tu macam2 kenangan ada. tersenyum bila kenang semula.

Alhamdulillah. Mulai kini berkhidmat sebagai pekerja sebenar (jawatan sementara). bukan lagi sebagai pelajar praktikal. :)

Pesan ummi,
terimalah apa jua kerja, sekali pun ianya bermula dari peringkat bawah. Tak semestinya kita ada ijazah kita harus bermula terus di jawatan tertinggi. Belajar sesuatu dari mula. Tak rugi.

Pesan ummi lagi,
Kalau Allah bagi rezeki dapat kerja dan jawatan yang bagus, jangan berkira untuk buat juga kerja2 jawatan bawahan. Sebab gaji kita tetap tak akan berkurang. Kerja selagi mampu lillahita’ala.

Dan huda nampak itu pada ciri2 ummi semasa berkhidmat. w/pun ummi tak mampu nak belajar tinggi, diploma pun tiada, tapi ummi mampu naik jawatan yang bagus di tempat kerja nya. Kerja biar ikhlas.

Rahsia ummi,
jangan tinggal solat sunat dhuha. Masa sujud terakhir baca ya basith 40 kali. Al-basith tu maksudnya yang maha melimpah nikmat.


Doa pada Allah. Minta. Jangan sombong!

1 team

geng masuk LZS sama-sama. stil keep in tounch n go

masa jamuan raya bahagian agihan. 

 program di masjid negeri.


kami 2 student praktikal. cik huda dari UUM, puan muda zati dari UITM



Friday, April 5, 2013

Hari Lahir 2013

assalamualaikum..

sekadar coretan tanda terima kasih ku pada ummi dan kakak yang tersayang...
kepulangan untuk cuti pertengahan semester pada 4 april 2013(khamis malam) lain rasanya.
mereka buat kejutan dengan pemberian ini sempena hari lahir tanggal 28 mac lalu..
seingatku dah lama tak sambut hari lahir bersama family..
biasalah kan..zaman belajar, akan sambut bersama sahabat2 di sisi yang tak pernah kurang kasih sayang mereka curahkan ibarat keluarga sendiri..
terima kasih sahabat.kerana kalian sudi membalas dan menyambut jalinan ukhuwah ini..

buat akak dan ummi...TERIMA KASIH atas ingatan ini..
huda tahu hadiah ni agak mahal. tapi huda yakin, doa ummi dan akak dari dahulu hingga kini LEBIH MAHAL. tak terbalas rasanya...buat ayah..terima kasih juga atas ucapan dan doanya..

terima kasih atas pemberian ini..ummi, akak.. 

tak lupa juga buat sahabat yang mendoakan. moga kalian juga dipanjangkan umur dan sentiasa di rahmati Allah.. ameen..^^

kenangan berasama sahabat2 pengajian ni universiti utara malaysia. 

  • hadiah paling bermakna Allah bagi.. KELUARGA BAHAGIA dan sahabat SEJATI di sisi.. :)


Friday, March 22, 2013

qasidah Nabi yuna Rasulullah~♥


Alhamdulillah..baru-baru ni di beri kesempatan hadir dalam 1 majlis ilmu di masjid sultan badlishah uum.
tajuk ceramah ''manisnya cinta bersulam keimanan''
yang menariknya,
ada persembahan qasidah. 
Allah...
sayu hati ni dengar alunan qasidah tu dari kumpulan qasidah Darul Hadis.
masa dengar qasidah tu di alunkan,
jujur!
tak faham makna bait-baitnya. 
sebab dalam bahasa arab kan. 
faham sikit-sikit je la. 
dulu memangla ada belajar bahasa arab masa di sekolah agama menengah rawang.(SAMER)
tapi tak tau kenapa.
tak boleh menguasainya dengan baik.(kene pergi mesir kot baru pandai :)
nak tahu?
bila huda dengar qasidah tu,
macam ada 1 aura positif masuk dalam ''jiwa'' ni. 
rasa macam nak nangis!
hati sayu!
mungkin salah satu sebab alunan qasidah tu sendiri.
tenaaanng je dengar. 
balik dari program, 
cari kat google lirik qasidahnya. 
tengok youtube kot2 ada qasidah yang sama tu. 
cari punya cari, tak jumpa.
tak tau nak tanya kat sesiapa yang ada record full video qasidah kat masjid masa tu.
tapi huda memang nampak ada orang record. 
pelajar lelaki kot.
sebab kalau tak silap, ada nampak 'kamera besar' kat tengah-tengah masjid.
gayanya macam record la kan.
cuma segan pulak nak minta.
tapi tak putus asa nak selongkar juga youtube tu.
Alhamdulillah..akhirnya jumpa!
walaupun tak lah sama kumpulan yang alunkan tu,
tapi asalkan qasidah yang huda suka tu ada.
dengar sampai sayang nak tutup video tu. 
berqasidahlah huda sorang2 ikut lirik yang ada jumpa kat google tu. :)
bila hayati maknanya... betul2 dapat ''rasa''
Allahuakbar.... :'(

نَبِيُّنَا رَسُوْلُ الله
Nabi kami Rasulullah

وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله
Yang mensyafaati kami Habibullah

وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله
Yang Mencintai Kami Khalilullah

عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله
Atas baginda solawat kami ya Allah

رَسُولُ الله كَلِيْمُ الله
Rasulullah julukannya Kalimullah

وَأَعْلَى أَنْبِيَاءِ الله
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah

رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله
Rasulullah pilihan Allah

إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله
Imam bagi yang bertaqwa kepada Allah

أتَانَا رَحْمَةُ المُهْدَاة
Datangnya bagi kami sebagai Rahmah

فَآمَنَّا بِهِ يَا الله
Kami beriman dengan baginda ya Allah

فَوَفِقْنَا وَأكْرِمْنَا
Taufiqkan dan muliakan kami ya Allah

بِحُسْنَى وَالرِّضَا يَا الله
Dengan Husnul Khatimah dan redhaMu ya Allah

إلَهِي عَافِنَا جَمْعًا
Afiatkanlah sekalian kami

مِنَ الأمْرَاضِ يَا الله
Dari segala penyakit ya Allah

وَطَهِّرْنَا مِنَ الأوْزَار
Sucikan kami dari dosa

بِفَضْلٍ مِنْكَ يَا الله
Dengan kurnia dariMu ya Allah

إلَهِي اغْفِرْ مَعَ الأبَوَيْن
Ampunilah bersama ibu bapa kami

إلَهِي ارْحَمْهُمَا يَا الله
Rahmatilah mereka ya Allah

إلَهِي اسْتُرْ جَمِيْعَ الْحَال
Tutupilah segala kejelekan kami

وَلَا تَكْشِفْ بِنَا يَا الله
Jangan disingkapkan ya Allah

إلَهِي وَاهْدِنَا دَوْمًا
Pimpinlah kami senantiasa

لِما تَرْضى بِهِ يَا الله
dengan yang engkau redha ya Allah

وَكُنْ عَوْنًا لَنَا يَا رَبّ
bantulah kami ya Allah

بِدَارَيْنِ مَعًا يَا الله
Dunia dan akhirat ya Allah

وَأَنْزِلْنَا بِفِرْدَوْسٍ
Tempatkan kami di Syurga

بِقُرْبِ مُحَمَّدٍ يَا الله
disisi nabiMu ya Allah

لِنَنْظُرْ وَجْهَكَ البَاقِي
moga terpandang wajahMu yang kekal

بِحُبِّ المُصْطَفَى يَا الله
Dengan cinta nabiMu ya Allah

عَلَى أَحْمَدْ صَلَاةُ الله
Atas Ahmad selawatMu

عَلَى الهَادِى سَلَامُ الله
Atas al-Hadi salamMu ya Allah

وَآلٍ مَعْ صَحَابَتِهِ
Keluarga serta sahabatNya

دَوَامًا سَرْمَدًا يَا الله
buat selamanya ya Allah