sekeping surat buat kamu..

sekeping surat buat kamu..

Thursday, June 28, 2012

Marah? Sedih? Kecewa? stress? relaks la abang,kakak!


ARGHH..TENSIONNYAA
senyum
and
say Alhamdulillah
kenapa Allah hadir kan pada kita insan-insan yang bermacam perangai...? Sebagai contoh, ada insan yang suka buat kita marah,hilang sabar, sedih, malu,kecewa, dan bermacam-macam lagi perasaan....

UNTUK MENGAJAR KITA..
semua perasaan ini adalah untuk mengajar kita. Mengajar kita untuk menangani perasaan ini dengan baik. Ini lah namanya  kehidupan.  Bagi huda dengan adanya perasaan-perasaan  ini, huda akan fikir yang Allah sayaaang sangat pada huda.  misalnya, bila huda rasa kecewa, huda akan sedih. Tapi kalau huda sabar, huda akan dapat nikmat. Nikmat selepas sedih, Allah pasti akan bagi kegembiraan pada kita. Allah tak pernah kejam kepada makhluknya.  DIA tak akan biarkan kita sedih untuk selama-lamanya. DIA bagi kita perasaan sedih itu supaya kita tahu betapa nikmatnya rasa gembira. Barulah  kita akan rasa bersyukur.

MARAH
Ada insan yang selalu buat kita rasa marah.  kadang-kadang rasa kenapa la dia ada dalam kamus hidup ini. dengan perangainya yang jelek, buat kita bengang dan sebagainya.  Anggaplah ini semua rencah dalam hidup kita.  Kalau kita tak suka dengan cara atau perangai dia maknanya Allah nak ''beri tahu'' kita bahawa kita jangan jadi macam dia.  Macam mana kita tak suka perangai dia, macam itu juga orang akan tak suka kalau kita berperangai seperti itu. Kan cantik Allah susun cerita hidup kita. Kita belajar dari mereka supaya tak jadi seperti itu.

STRESS EXAM
Bila peperiksaan tiba, masing-masing akan tertekan. masa tu la rasa otak penat sangat belajar. kena fokus lebih. sebab apa? sebab belajar 'last minit' (ye huda la tu..hehe). bila musim peperiksaan belajar sungguh-sungguh sampai stress dibuatnya. lagi-lagi bila dah ulangkaji setiap bab, lepas tu buat soalan 'past year'. kalau huda, selalu tak dapat jawab bila cuba jawab soalan 'past year' tu.  Rasa macam nak nangis je. Rasa kenapa diri ni tak pandai-pandai nak buat. Tapi masih teruskan usaha buat juga walaupun tak pasti jawapannya betul atau salah. bak kata orang apa-apa pun kena 'confident'! kalau dah usaha sungguh-sungguh, bayangkan apa hasil yang kita dapat? kita dapat keputusan yang baik kan? nikmat tak rasa bila dah habis exam and dapat keputusan yang baik? kita tempuh pelbagai dugaan sepanjang musim peperiksaan sampai stres dibuatnya, ada perasaan takut pula nak jawab exam bila dalam dewan. Dan ada juga yang tak dapat tidur dengan nyenyak sebab risau punya pasal. tapi bila habis je musim peperiksaan, apa perasaan kita selalunya? gembira sampai rasa nak loncat-loncat kan? nikmat tak rasa tu? kalau huda rasa nikmat sangat. Allah bagi rasa nikmat tu lepas kita rasa stres, takut, berdebar.....supaya kita tahu betapa bestnya nikmat lepas exam. =)

LAPAR
Pernah tak rasa lapar? perit kan rasa? masa lapar tu mesti dah bayang makanan yang sedap-sedap. Lepas tu bila dapat makan, apa rasa? nikmat tak? nikmat gilaaa.....huhu....lagi-lagi masa puasa. tahan segala-galanya. Bila masa berbuka, Allah hadirkan rasa gembira, kenyang dan macam-macam lagi rasa. Kenapa Allah buat macam tu? sebab nak bagi kita rasa nikmat tu sungguh-sungguh. menarik-menarik...^^

SAKIT
kalau kita tak pernah sakit, kita tidak akan kenal erti nikmat sihat itu. Kita tak akan rasa sihat itu sesuatu yang amat-amat bermakna dalam hidup kita. katakan anda sakit perut, sakit gigi ke..sakit yang kecil-kecil ni.  Itu pun kita dah mengeluh. Rasa tak bermaya, nak buat apa pun tak menjadi.  Makan tak lalu, nak gelak tawa dengan rakan-rakan yang lain dah tak ada 'mood'. Tapi bila hilang sakit perut atau sakit gigi tu, baru tahu betapa ''best'' nya bila dah tak sakit. Dah mampu tersenyum apatah lagi ketawa riang.  Makan pun semakin berselera.  Sebab apa? sebab sakit tadi hilang. Allah hantar nikmat sihat pula sampai macam-macam aktiviti kita boleh buat. see? bahagia tak rasa?

Sebab itu bila kita sedih, sakit, marah, stres, kelaparan.. yakinlah Allah nak bagi kita bahagia,sihat, gembira, dan pelbagai nikmat lain selepas itu kalau kita bersabar.....YAKIN! =)

“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (2:155-157)

SAATKU BERBICARA.....
saatku berbicara maya ini..
sedih dan kecewa
tapi masih mampu tersenyum =)
sebab Allah bagi kekuatan
juga kesan usrah serta sahabat-sahabat yang bagi semangat
terima kasih kalian
aku YAKIN
perasaan sedih dan kecewa ini
bila aku bersabar
Allah akan beri kegembiraan dan kebahagiaan
sebab Allah tak pernah kejam
pada hambaNYA
yang DIA sayang............^^

khamis,
28 jun 2012,
2.49 pm

Tuesday, June 26, 2012

Li Maa Za RiNtiK GeRiMiS??? (kenapa rintik gerimis?)



rintik gerimis
PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kenapa ya rintik gerimis?  haa..ni huda nak cerita.  Ada sahabat-sahabat tanya,

'' Huda, kenapa rintik gerimis ye?''
'' Kenapa tak hujan lebat ke, ribut petir ke, renyai-renyai ke?''

seringkali soalan tersebut ditanya, mesti huda akan jawab dengan persoalan semula.

''kenapa tanya? pelik ya?'' sambil tersenyum..

ye..tahu..ramai cakap kelakar, pelik, dan macam-macam lagi. tapi ''rintik gerimis'' bagi huda mengingatkan huda kepada sesuatu peristiwa. Peristiwa yang amat bersangkut paut pada kehidupan huda dan kita semua.  Ya mungkin ini salah satu 'tagline' untuk diri huda.  'Tagline' untuk sentiasa mengingati mati.  Banyak maksud yang tersirat dan tersurat melalui 2 patah perkataan ini.  Sebelum huda bercerita lebih lanjut, huda nak cerita dulu peristiwa bagaimana tercetusnya idea rintik gerimis ini. ^_^

BAS STOP


Peristiwa ini berlaku pada tahun 2009.  Masa itu huda sedang mengambil Diploma Akauntansi di Politeknik Port Dickson.  Boleh dikatakan setiap hujung minggu huda akan balik kampung halaman di Bandar Baru Sungai Buloh.  Kebiasaannya pulang menaiki komuter lebih kurang 2 jam perjalanan dari stesen ktm Seremban ke stesen Sg. Buloh.  Dan kemudian dari Sg. Buloh ayah yang akan ambil.  Untuk memudahkan ayah, huda akan tunggu di bus stop berhampiran stesen komuter itu. 1 minat huda kalau tengah bosan, huda akan dengar lagu dalam henset.  Kebetulan pula lagu yang sedang dimainkan adalah lagu nasyid GERIMIS nyanyian oleh NUR INSANI. Sedap lagu tu. Huda suka sangat. Ulang banyak-banyak kali pun tak pe. Tak bosan.. hehe...

Tengah-tengah seronok layan lagu tu, gerimis pulak turun. Lepas tu (ha ni jangan gelak!) ada pulak lori gerimis baiduri lalu kat depan mata.hehehe.....kalau tak silap lori tu lori yang jual ais. selalu tak korang perasan lori tu? =p

Lepas tu terus terfikir..

''Eh kenapa banyak sangat perkataan gerimis muncul hari ni?''

bayangkan dalam 1 masa..
-dengar lagu nasyid gerimis.
-rintik gerimis turun.
-lori ais gerimis baiduri!

sangat-sangat kebetulan..huhu..

FIKIRAN TERKETUK


Bila hayati semula lirik lagu nasyid gerimis ni, baru terfikir ada maksud yang tersirat tentang perjalanan kehidupan ni.  sahabat.. kehidupan kita ini sementara sahaja.

 Gerimis tiba di hujungnya,
sampai waktu kan berhenti jua,
BEGINILAH KEHIDUPAN KITA DI DUNIA,
TIADA SIAPA YANG KEKAL SELAMANYA,
ENTAH BILA WAKTU KU.....AKAN TIBA......

Bila terlihat perkataan Rintik Gerimis mesti teringat lirik lagu yang mengingatkan diri ini tentang hidup ini hanya sementara cuma.  Rintik gerimis ni ada makna tau, bukan saja-saja atau seronok-seronok.  Mungkin ini cara huda yang tersendiri untuk mengingatkan sesuatu atau bermuhasabah diri.

Buka facebook, email, skype, twitter, blog, dan kalau dulunya friendster pun mesti ada perkataan rintik gerimis.  muhasabah jap diri ni.  Tak ramai  yang akan ingatkan kita selalu. So ini la yang ingatkan huda. Lain orang lain caranya. tak gitu?? hehe..=) 

pstt---> kisah anda bagaimana? tengok nama facebook korang lagi pelik-pelik...huhu..=p