sekeping surat buat kamu..

sekeping surat buat kamu..

Thursday, February 23, 2012

perlunya ketepatan ilmu...


Situasi kisah ini adalah semasa berada di dalam kelas statistik gunaan. Seorang pensyarah perempuan mengemukakan satu soalan pengiraan yang amat mudah. Soalannya ''what is the answer of 9+4?'' Kami satu kelas dengan yakin menjawab 13. Serentak dengan itu pensyarah tersebut menjerit ''please use the calculator!!'' . Pada mulanya kami beranggapan pensyarah itu hanya bergurau. Tetapi keadaan jadi sebaliknya. Pensyarah tersebut betul-betul menyuruh kami untuk mendapatkan jawapan dengan bantuan kalkulator saintifik yang kami diwajibkan bawa setiap kali hadir ke kelas. Kami mula mengira dengan menekan 9+4. Semua mendapat jawapan yang sama iaitu 13. Pensyarah itu pun tersenyum lebar setelah mendengar jawapan dari kami . Kami berasa amat lucu dengan arahan pensyarah tersebut. Ini kerana soalan yang mudah itu sepatutnya boleh difikirkan dengan keupayaan otak kami. Lagi pula soalan tersebut pernah dipelajari semasa zaman tadika dan sekolah rendah kerana ianya amat mudah bagi kami yang sudah meningkat dewasa ini. Sebenarnya pensyarah tersebut ingin mengajar supaya kami sentiasa berhati-hati untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Mengikut pengalaman mengajar beliau, ramai pelajarnya telah membuat kesalahan pengiraan walaupun pengiraan tersebut amat mudah.

Teringat satu kisah di mana Imam Syafi'i apabila ditanyakan kepadanya bilangan kaki unta yang sedang ditunggainya. Soalan itu nampak bodoh tetapi Imam Syafi'i turun dan mengira satu persatu kaki untanya kemudian baru memberikan jawapan. Di sini kita dapat lihat betapa telitinya Imam Syafi'i kerana sedaya upaya memberikan jawapan yang tepat walaupun jika difikirkan logik ianya amat mudah dan tidak perlu turun untuk mengira kaki unta tersebut. Menarikkan kisah ini. Itu lah pentingnya ketepatan ilmu yang dipelajari...^^

p/s: jom pakat-pakat kejar keberkatan ilmu... penting juga tu..^^

Wednesday, February 15, 2012

HATi iTU...jangan dibiarkan.....


Hati..

Sangat-sangat perlu dijaga rapi..ibarat kelopak bunga mawar putih ini...sedikit angin terhembus padanya bakal membuatkan kelopak-kelopak ini bertebaran sesat entah kemana..setitik kotoran tercalit padanya..akan hilang seri dan sucinya..jika dibiar dan tidak dijaga rapi..akan kering dan pudar warnanya..seperti juga hati kita..setiap hari perlu dijaga...perlu dibersihkan dari segala titik-titik kotor hasil dosa yang kita lakukan..jangan sesekali kita biarkan hati kita ditiup oleh bisikan-bisikan halus oleh makhluk yang ingkar pada yang ESA..terkadang diri ini iri hati pada mereka-mereka yang Allah beri kelebihan nikmat padanya..ingat...bersihkan hati-hati kita..kerna jika dibiarkan.. hati ini akan kotor..dan dikhuatiri akan terus rosak,busuk...dan bagaimana tika saat kita akan bertemu dengan yang maha pencipta, hati kita masih belum dibersihkan? mari sama-sama muhasabah diri....