sekeping surat buat kamu..

sekeping surat buat kamu..

Friday, September 14, 2012

'ber' Rehlah di taman rekreasi air panas ulu legong baling..kedah

Assalamualaikum kawan-kawan...huda doakan semoga anda sihat-sihat belaka....ok..huda nak tanya siapa pernah datang tempat ni? cepat2... angkat tangan tinggi2...hehe..
mesti ramai kawan2 huda yang dah jejak kolam air panas kat baling ni kan?  saje je nak kongsi cerita sepanjang perjalanan huda dan 3 sahabat yang lain jusmaniza, laila, dan kak farhana ke tempat ni...perjalanan yang penuh suka dan duka...eh? duka? tak lah duka sangat..tapi ada halangan2 yang Allah pilih kami untuk laluinya...tapi Alhamdulillah, berkat kerjasama kami sepanjang perjalanan,kerjasama masing2 tak tido sepanjang perjalanan, supaya pemandu x mengantuk dan penat, kami dapat tempuh dengan sabar, dan akhirnya dapat pulang dengan selamat.

sebelum itu, huda nak ucapkan berbilion terima kasih kepada sahabat huda, merangkap pemandu sepanjang perjalanan pergi dan balik iaitu jusmaniza bt masbah sebab dah bawa kami pergi ke baling dan pulang ke uum dengan selamat, dengan keadaan cuaca di kedah ini yang kerap kali hujan lebat menyebabkan kami perlu berhati2 sepanjang perjalanan.

baiklah...meh cuci mata tengok gambar2 ni dulu...



lebih kurang pukul 4 petang kami bertolak ke sana menaiki kereta sewa...rancang memang nak isi minyak di changloon, tapi malangnya beberapa km je nak exit changloon, kereta kami kehabisan minyak. masing2 tercengang. otak dah x boleh nak fikir apa perlu buat....dah la kami ni semua perempuan. tapi Alhamdulillah Allah mudahkan kereta kami terberhenti betul2 depan 1 kedai runcit ni. dengan keadaan yang hujan lebat, kami dengan muka tebal seinci..(seinci cukup laa..hihi) tanya pakcik kedai tu ada jual minyak kereta ke x. pakcik tu kemudiannya angguk sambil cakap, tinggal 2 botol je. kami pun seronok la, x sangka kedai ni ada jual. cuma 2 botol minyak tu cukup2 untuk sampai ke cmart changloon. tapi itu kami tak risau sebab di sana nanti kami boleh isi minyak lain. lega kami, dan akhirnya kereta sewa kami dapat bergerak terus menuju ke destinasi.weeeehooooo......

sepanjang perjalanan, kami berbual, makan popia yang huda bawak,makan asam yang laila beli,makan roti berjemkan mayonis,dan tak ketinggalan juga ada sesi 'tazkirah maghrib' dari huda..hihihi..ada macam2 lagi kami buat sepanjang perjalanan supaya kami tak ngantuk dan pemandu pun tak bosan.

tiba2 perjalanan kami dikejutkan dengan 1 pokok tumbang. sebab hujan lebat dan angin kuat. tapi tiada apa2 berlaku pada kami. dan mujurlah kereta kami kereta kancil, so muat la nak lalu bawah pokok tumbang tu. sebaik kami x bawak lori.hhi...kalau tak terkandas la kami kat jalan tu sampai malam...=p

tepat jam 7.30 malam, kami sampai ke destinasi dan kami bermalam di rumah sahabat kami di baling. kami di jamu makanan yang sedap malam tu. nasi, ayam masak merah,ulam-ulaman, ikan goreng dan banyak lagi......kemudian pukul 10 malam kami pun bersiap2 untuk bertolak ke kolam air panas. ''masa untuk enjoy!!'' huhuhu


haaa...ni la tempatnya...kami ingat kan, kami tak berkesempatan pergi ke sini, sebabnya malam tu pun hujan. mujur la hujan sekejap je. so dapat la kami nikmati kolam air panas di situ. Tiket masuk ke tempat ni seorang RM6. kami datang awal. Jadi orang tak berapa nak ramai lagilah. selalu orang mula ramai masa pukul 2 atau 3 pagi. perjalanan ke tempat ni agak menyeramkan sedikit bila waktu malam. sebabnya jalan kiri kanan hutan. dan jalannya gelap sangat......takott...huhu..OK..pukul 12 kami pulang..dan tidur dengan nyenyaknya untuk kumpul tenaga nak mandi sungai esoknya.....yeyyy...^^


Hari esoknya selepas subuh, kami menyediakan sarapan. Menu kami bihun singapore dan nuget. Dan kemudian kami ke pasar beli 2 ekor ayam untuk buat ayam bakar dan ayam masak lemak. Dah siap semua makanan...apa lagi berkelah lah kami kat tepi sungai sambil mandi manda....Ya Allah..tersangatlah best mandi sungai yang sejuk sangat tu. tapi kami mandi tepi2 je. sebab air agak deras. musim hujan kan. seronok punya seronok, ada seorang dari kami kena gigit pacat.hahahahaha...nak tahu siapa? pemandu berhemah kami tu la...hehe 

kemudian lepas solat zohor kami bertolak pulang ke uum. cuaca seperti biasa hujan. Dan Alhamdulillah lebih kurang pukul 5  kami semua selamat sampai. penat, tapi sangat seronok...25 jam berpicnic!!

perjalanan ini...makin mengeratkan jalinan ukhuwah kami..
dari kiri: atas: jusmaniza (pemandu berhemah),kak farhana, laila.
bawah: huda appandi (me..^^)
kami..sedang menikmati kehangatan air panas. :)


antara aksi mereka yang menghiburkan hati..^^

Thursday, August 2, 2012

rahang ku ohh rahang ku




assalamualaikum and hello everyone...^^

Di sini huda nak kongsi sikit satu cerita...2 hari lepas huda baru baik dari sakit..sakit apa? hmmm...sakit rahang kanan....pelik kan? tapi serius memang sakit sangat2. nak makan sakit, nak gosok gigi sakit, nak nganga sakit dan paling sakit masa sujud waktu solat....uuuuu berdenyut-denyut gigi masa sujud tu....sakit rahang ni bagi kesan kat telinga, tulang pipi, kepala, dan gigi.

sakit ni jadi masa nak bangun tidur. tiba-tiba rasa sakit gigi,pipi, dan telinga belah kanan. mula-mula memang dah agak dah ''ni mesti kes nak sakit gigi''. tapi dalam masa yang sama kenapa sampai pipi-pipi sakit. dah jadi konfius pulak yang sebenarnya huda ni sakit apa..sakit gigi ke, kepala ke, rahang ke ape kan....huh...lagi tension fikir.

dah 3 hari tahan sakit. cerita kat kakak pasal sakit nih. tapi apa dia mampu buat? dengar & angguk-angguk je lah huda cerita. hehehe...tetiba satu hari, jari jemari ni rajin pulak nak google pasal sakit ni. taip kat google sakit rahang. haaa..hamek kau...keluar segala info tentang sakit tuu...banyak rupanya blog yang cerita pasal sakit tu. memang teruja sangat baca. sebab dia orang cerita sungguh-sungguh macam mana rasa sakit  macam tu lah huda rasa. masa tu rasa yang mereka-mereka ini lah yang memahami sakit tu macam mana.

antara simtom-simtom sakit ni sebab suka gigit pensil, mengetap gigi tanpa sedar waktu tidur, posture badan yang tak betul masa buat kerja dan macam-macam lagi. tapi kan huda rasa kes huda ni tidur tak berapa nak betul. sebab tekan pipi kat bantal lama and bantal tu pulak keras. memang bangun-bangun sakit sangat la. rasa rahang tu dah lari sikit.

eh, dok membebel-bebel ni terlupa pula nak bagi tahu nama sintifik sakit ni. ianya dikenali sebagai  TMJ jaw pain. kalau ada sakit ni kena pergi klinik gigi. bukan klinik biasa. tapi huda tak pergi pun klinik. rasa macam nak jadi dokter tak bertauliah jap. bila dah baca banyak info, sakit ni kena buat urutan. jadi buka you tube kot-kot la ada tunjuk cara nak urut kan...ni link nye sini ha video massage rahang tu . so ikut je la cara orang tu ajar.  urut punya urut, petang tu masih sakit tapi dah kurang sikit. kepala pun dah tak sakit. telinga tak sakit tapi gigi masih sakit. cuba urut lagi perlahan-lahan. malam pulak masa solat terawikh sujud dah tak berapa nak sakit dah. dan paling gembira bila bangun tidur pagi esoknya langsung dah tak sakit. huhu...syukur sangat. dah boleh nganga besor-besor, makan, dan tidur dengan nyenyaknya.^^

ok kita muhasabah jap. baru tahu peranan rahang ni. bila Allah tarik sikit nikmat rahang ni, banyak rupanya yang bagi kesan. telinga sakit, kepala sakit, gigi sakit.... oleh itu huda..bersyukur lah sebab Allah bagi rahang ni. guna kan rahang yang ada ni untuk lebih banyak berzikir, cakap perkara-perkara yang elok dan seumpamanya.

''Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya'' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

haaa...kalau nak tahu info yang huda baca ni link nya..
info 1
info 2

Thursday, June 28, 2012

Marah? Sedih? Kecewa? stress? relaks la abang,kakak!


ARGHH..TENSIONNYAA
senyum
and
say Alhamdulillah
kenapa Allah hadir kan pada kita insan-insan yang bermacam perangai...? Sebagai contoh, ada insan yang suka buat kita marah,hilang sabar, sedih, malu,kecewa, dan bermacam-macam lagi perasaan....

UNTUK MENGAJAR KITA..
semua perasaan ini adalah untuk mengajar kita. Mengajar kita untuk menangani perasaan ini dengan baik. Ini lah namanya  kehidupan.  Bagi huda dengan adanya perasaan-perasaan  ini, huda akan fikir yang Allah sayaaang sangat pada huda.  misalnya, bila huda rasa kecewa, huda akan sedih. Tapi kalau huda sabar, huda akan dapat nikmat. Nikmat selepas sedih, Allah pasti akan bagi kegembiraan pada kita. Allah tak pernah kejam kepada makhluknya.  DIA tak akan biarkan kita sedih untuk selama-lamanya. DIA bagi kita perasaan sedih itu supaya kita tahu betapa nikmatnya rasa gembira. Barulah  kita akan rasa bersyukur.

MARAH
Ada insan yang selalu buat kita rasa marah.  kadang-kadang rasa kenapa la dia ada dalam kamus hidup ini. dengan perangainya yang jelek, buat kita bengang dan sebagainya.  Anggaplah ini semua rencah dalam hidup kita.  Kalau kita tak suka dengan cara atau perangai dia maknanya Allah nak ''beri tahu'' kita bahawa kita jangan jadi macam dia.  Macam mana kita tak suka perangai dia, macam itu juga orang akan tak suka kalau kita berperangai seperti itu. Kan cantik Allah susun cerita hidup kita. Kita belajar dari mereka supaya tak jadi seperti itu.

STRESS EXAM
Bila peperiksaan tiba, masing-masing akan tertekan. masa tu la rasa otak penat sangat belajar. kena fokus lebih. sebab apa? sebab belajar 'last minit' (ye huda la tu..hehe). bila musim peperiksaan belajar sungguh-sungguh sampai stress dibuatnya. lagi-lagi bila dah ulangkaji setiap bab, lepas tu buat soalan 'past year'. kalau huda, selalu tak dapat jawab bila cuba jawab soalan 'past year' tu.  Rasa macam nak nangis je. Rasa kenapa diri ni tak pandai-pandai nak buat. Tapi masih teruskan usaha buat juga walaupun tak pasti jawapannya betul atau salah. bak kata orang apa-apa pun kena 'confident'! kalau dah usaha sungguh-sungguh, bayangkan apa hasil yang kita dapat? kita dapat keputusan yang baik kan? nikmat tak rasa bila dah habis exam and dapat keputusan yang baik? kita tempuh pelbagai dugaan sepanjang musim peperiksaan sampai stres dibuatnya, ada perasaan takut pula nak jawab exam bila dalam dewan. Dan ada juga yang tak dapat tidur dengan nyenyak sebab risau punya pasal. tapi bila habis je musim peperiksaan, apa perasaan kita selalunya? gembira sampai rasa nak loncat-loncat kan? nikmat tak rasa tu? kalau huda rasa nikmat sangat. Allah bagi rasa nikmat tu lepas kita rasa stres, takut, berdebar.....supaya kita tahu betapa bestnya nikmat lepas exam. =)

LAPAR
Pernah tak rasa lapar? perit kan rasa? masa lapar tu mesti dah bayang makanan yang sedap-sedap. Lepas tu bila dapat makan, apa rasa? nikmat tak? nikmat gilaaa.....huhu....lagi-lagi masa puasa. tahan segala-galanya. Bila masa berbuka, Allah hadirkan rasa gembira, kenyang dan macam-macam lagi rasa. Kenapa Allah buat macam tu? sebab nak bagi kita rasa nikmat tu sungguh-sungguh. menarik-menarik...^^

SAKIT
kalau kita tak pernah sakit, kita tidak akan kenal erti nikmat sihat itu. Kita tak akan rasa sihat itu sesuatu yang amat-amat bermakna dalam hidup kita. katakan anda sakit perut, sakit gigi ke..sakit yang kecil-kecil ni.  Itu pun kita dah mengeluh. Rasa tak bermaya, nak buat apa pun tak menjadi.  Makan tak lalu, nak gelak tawa dengan rakan-rakan yang lain dah tak ada 'mood'. Tapi bila hilang sakit perut atau sakit gigi tu, baru tahu betapa ''best'' nya bila dah tak sakit. Dah mampu tersenyum apatah lagi ketawa riang.  Makan pun semakin berselera.  Sebab apa? sebab sakit tadi hilang. Allah hantar nikmat sihat pula sampai macam-macam aktiviti kita boleh buat. see? bahagia tak rasa?

Sebab itu bila kita sedih, sakit, marah, stres, kelaparan.. yakinlah Allah nak bagi kita bahagia,sihat, gembira, dan pelbagai nikmat lain selepas itu kalau kita bersabar.....YAKIN! =)

“Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (2:155-157)

SAATKU BERBICARA.....
saatku berbicara maya ini..
sedih dan kecewa
tapi masih mampu tersenyum =)
sebab Allah bagi kekuatan
juga kesan usrah serta sahabat-sahabat yang bagi semangat
terima kasih kalian
aku YAKIN
perasaan sedih dan kecewa ini
bila aku bersabar
Allah akan beri kegembiraan dan kebahagiaan
sebab Allah tak pernah kejam
pada hambaNYA
yang DIA sayang............^^

khamis,
28 jun 2012,
2.49 pm

Tuesday, June 26, 2012

Li Maa Za RiNtiK GeRiMiS??? (kenapa rintik gerimis?)



rintik gerimis
PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kenapa ya rintik gerimis?  haa..ni huda nak cerita.  Ada sahabat-sahabat tanya,

'' Huda, kenapa rintik gerimis ye?''
'' Kenapa tak hujan lebat ke, ribut petir ke, renyai-renyai ke?''

seringkali soalan tersebut ditanya, mesti huda akan jawab dengan persoalan semula.

''kenapa tanya? pelik ya?'' sambil tersenyum..

ye..tahu..ramai cakap kelakar, pelik, dan macam-macam lagi. tapi ''rintik gerimis'' bagi huda mengingatkan huda kepada sesuatu peristiwa. Peristiwa yang amat bersangkut paut pada kehidupan huda dan kita semua.  Ya mungkin ini salah satu 'tagline' untuk diri huda.  'Tagline' untuk sentiasa mengingati mati.  Banyak maksud yang tersirat dan tersurat melalui 2 patah perkataan ini.  Sebelum huda bercerita lebih lanjut, huda nak cerita dulu peristiwa bagaimana tercetusnya idea rintik gerimis ini. ^_^

BAS STOP


Peristiwa ini berlaku pada tahun 2009.  Masa itu huda sedang mengambil Diploma Akauntansi di Politeknik Port Dickson.  Boleh dikatakan setiap hujung minggu huda akan balik kampung halaman di Bandar Baru Sungai Buloh.  Kebiasaannya pulang menaiki komuter lebih kurang 2 jam perjalanan dari stesen ktm Seremban ke stesen Sg. Buloh.  Dan kemudian dari Sg. Buloh ayah yang akan ambil.  Untuk memudahkan ayah, huda akan tunggu di bus stop berhampiran stesen komuter itu. 1 minat huda kalau tengah bosan, huda akan dengar lagu dalam henset.  Kebetulan pula lagu yang sedang dimainkan adalah lagu nasyid GERIMIS nyanyian oleh NUR INSANI. Sedap lagu tu. Huda suka sangat. Ulang banyak-banyak kali pun tak pe. Tak bosan.. hehe...

Tengah-tengah seronok layan lagu tu, gerimis pulak turun. Lepas tu (ha ni jangan gelak!) ada pulak lori gerimis baiduri lalu kat depan mata.hehehe.....kalau tak silap lori tu lori yang jual ais. selalu tak korang perasan lori tu? =p

Lepas tu terus terfikir..

''Eh kenapa banyak sangat perkataan gerimis muncul hari ni?''

bayangkan dalam 1 masa..
-dengar lagu nasyid gerimis.
-rintik gerimis turun.
-lori ais gerimis baiduri!

sangat-sangat kebetulan..huhu..

FIKIRAN TERKETUK


Bila hayati semula lirik lagu nasyid gerimis ni, baru terfikir ada maksud yang tersirat tentang perjalanan kehidupan ni.  sahabat.. kehidupan kita ini sementara sahaja.

 Gerimis tiba di hujungnya,
sampai waktu kan berhenti jua,
BEGINILAH KEHIDUPAN KITA DI DUNIA,
TIADA SIAPA YANG KEKAL SELAMANYA,
ENTAH BILA WAKTU KU.....AKAN TIBA......

Bila terlihat perkataan Rintik Gerimis mesti teringat lirik lagu yang mengingatkan diri ini tentang hidup ini hanya sementara cuma.  Rintik gerimis ni ada makna tau, bukan saja-saja atau seronok-seronok.  Mungkin ini cara huda yang tersendiri untuk mengingatkan sesuatu atau bermuhasabah diri.

Buka facebook, email, skype, twitter, blog, dan kalau dulunya friendster pun mesti ada perkataan rintik gerimis.  muhasabah jap diri ni.  Tak ramai  yang akan ingatkan kita selalu. So ini la yang ingatkan huda. Lain orang lain caranya. tak gitu?? hehe..=) 

pstt---> kisah anda bagaimana? tengok nama facebook korang lagi pelik-pelik...huhu..=p

Thursday, February 23, 2012

perlunya ketepatan ilmu...


Situasi kisah ini adalah semasa berada di dalam kelas statistik gunaan. Seorang pensyarah perempuan mengemukakan satu soalan pengiraan yang amat mudah. Soalannya ''what is the answer of 9+4?'' Kami satu kelas dengan yakin menjawab 13. Serentak dengan itu pensyarah tersebut menjerit ''please use the calculator!!'' . Pada mulanya kami beranggapan pensyarah itu hanya bergurau. Tetapi keadaan jadi sebaliknya. Pensyarah tersebut betul-betul menyuruh kami untuk mendapatkan jawapan dengan bantuan kalkulator saintifik yang kami diwajibkan bawa setiap kali hadir ke kelas. Kami mula mengira dengan menekan 9+4. Semua mendapat jawapan yang sama iaitu 13. Pensyarah itu pun tersenyum lebar setelah mendengar jawapan dari kami . Kami berasa amat lucu dengan arahan pensyarah tersebut. Ini kerana soalan yang mudah itu sepatutnya boleh difikirkan dengan keupayaan otak kami. Lagi pula soalan tersebut pernah dipelajari semasa zaman tadika dan sekolah rendah kerana ianya amat mudah bagi kami yang sudah meningkat dewasa ini. Sebenarnya pensyarah tersebut ingin mengajar supaya kami sentiasa berhati-hati untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Mengikut pengalaman mengajar beliau, ramai pelajarnya telah membuat kesalahan pengiraan walaupun pengiraan tersebut amat mudah.

Teringat satu kisah di mana Imam Syafi'i apabila ditanyakan kepadanya bilangan kaki unta yang sedang ditunggainya. Soalan itu nampak bodoh tetapi Imam Syafi'i turun dan mengira satu persatu kaki untanya kemudian baru memberikan jawapan. Di sini kita dapat lihat betapa telitinya Imam Syafi'i kerana sedaya upaya memberikan jawapan yang tepat walaupun jika difikirkan logik ianya amat mudah dan tidak perlu turun untuk mengira kaki unta tersebut. Menarikkan kisah ini. Itu lah pentingnya ketepatan ilmu yang dipelajari...^^

p/s: jom pakat-pakat kejar keberkatan ilmu... penting juga tu..^^

Wednesday, February 15, 2012

HATi iTU...jangan dibiarkan.....


Hati..

Sangat-sangat perlu dijaga rapi..ibarat kelopak bunga mawar putih ini...sedikit angin terhembus padanya bakal membuatkan kelopak-kelopak ini bertebaran sesat entah kemana..setitik kotoran tercalit padanya..akan hilang seri dan sucinya..jika dibiar dan tidak dijaga rapi..akan kering dan pudar warnanya..seperti juga hati kita..setiap hari perlu dijaga...perlu dibersihkan dari segala titik-titik kotor hasil dosa yang kita lakukan..jangan sesekali kita biarkan hati kita ditiup oleh bisikan-bisikan halus oleh makhluk yang ingkar pada yang ESA..terkadang diri ini iri hati pada mereka-mereka yang Allah beri kelebihan nikmat padanya..ingat...bersihkan hati-hati kita..kerna jika dibiarkan.. hati ini akan kotor..dan dikhuatiri akan terus rosak,busuk...dan bagaimana tika saat kita akan bertemu dengan yang maha pencipta, hati kita masih belum dibersihkan? mari sama-sama muhasabah diri....