sekeping surat buat kamu..

sekeping surat buat kamu..

Thursday, February 23, 2012

perlunya ketepatan ilmu...


Situasi kisah ini adalah semasa berada di dalam kelas statistik gunaan. Seorang pensyarah perempuan mengemukakan satu soalan pengiraan yang amat mudah. Soalannya ''what is the answer of 9+4?'' Kami satu kelas dengan yakin menjawab 13. Serentak dengan itu pensyarah tersebut menjerit ''please use the calculator!!'' . Pada mulanya kami beranggapan pensyarah itu hanya bergurau. Tetapi keadaan jadi sebaliknya. Pensyarah tersebut betul-betul menyuruh kami untuk mendapatkan jawapan dengan bantuan kalkulator saintifik yang kami diwajibkan bawa setiap kali hadir ke kelas. Kami mula mengira dengan menekan 9+4. Semua mendapat jawapan yang sama iaitu 13. Pensyarah itu pun tersenyum lebar setelah mendengar jawapan dari kami . Kami berasa amat lucu dengan arahan pensyarah tersebut. Ini kerana soalan yang mudah itu sepatutnya boleh difikirkan dengan keupayaan otak kami. Lagi pula soalan tersebut pernah dipelajari semasa zaman tadika dan sekolah rendah kerana ianya amat mudah bagi kami yang sudah meningkat dewasa ini. Sebenarnya pensyarah tersebut ingin mengajar supaya kami sentiasa berhati-hati untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Mengikut pengalaman mengajar beliau, ramai pelajarnya telah membuat kesalahan pengiraan walaupun pengiraan tersebut amat mudah.

Teringat satu kisah di mana Imam Syafi'i apabila ditanyakan kepadanya bilangan kaki unta yang sedang ditunggainya. Soalan itu nampak bodoh tetapi Imam Syafi'i turun dan mengira satu persatu kaki untanya kemudian baru memberikan jawapan. Di sini kita dapat lihat betapa telitinya Imam Syafi'i kerana sedaya upaya memberikan jawapan yang tepat walaupun jika difikirkan logik ianya amat mudah dan tidak perlu turun untuk mengira kaki unta tersebut. Menarikkan kisah ini. Itu lah pentingnya ketepatan ilmu yang dipelajari...^^

p/s: jom pakat-pakat kejar keberkatan ilmu... penting juga tu..^^

2 MaDaH IkhLaSmu..:

ima said...

owhhh. maknanya walaupun kita dah tau, kita perlu teliti balik lah kan? nice story n nice example. :)

استاذة ليلا said...

kak!! laila da lme bukk blog akk..tp xdapt na 4low.sbb adik lai on9 wt pe n cane tah. kalo 4low. kua name adik lai.huhu.tuh akk tgk ade 4lower. 'safwanah' 6_6

Post a Comment