sekeping surat buat kamu..

sekeping surat buat kamu..

Friday, March 22, 2013

qasidah Nabi yuna Rasulullah~♥


Alhamdulillah..baru-baru ni di beri kesempatan hadir dalam 1 majlis ilmu di masjid sultan badlishah uum.
tajuk ceramah ''manisnya cinta bersulam keimanan''
yang menariknya,
ada persembahan qasidah. 
Allah...
sayu hati ni dengar alunan qasidah tu dari kumpulan qasidah Darul Hadis.
masa dengar qasidah tu di alunkan,
jujur!
tak faham makna bait-baitnya. 
sebab dalam bahasa arab kan. 
faham sikit-sikit je la. 
dulu memangla ada belajar bahasa arab masa di sekolah agama menengah rawang.(SAMER)
tapi tak tau kenapa.
tak boleh menguasainya dengan baik.(kene pergi mesir kot baru pandai :)
nak tahu?
bila huda dengar qasidah tu,
macam ada 1 aura positif masuk dalam ''jiwa'' ni. 
rasa macam nak nangis!
hati sayu!
mungkin salah satu sebab alunan qasidah tu sendiri.
tenaaanng je dengar. 
balik dari program, 
cari kat google lirik qasidahnya. 
tengok youtube kot2 ada qasidah yang sama tu. 
cari punya cari, tak jumpa.
tak tau nak tanya kat sesiapa yang ada record full video qasidah kat masjid masa tu.
tapi huda memang nampak ada orang record. 
pelajar lelaki kot.
sebab kalau tak silap, ada nampak 'kamera besar' kat tengah-tengah masjid.
gayanya macam record la kan.
cuma segan pulak nak minta.
tapi tak putus asa nak selongkar juga youtube tu.
Alhamdulillah..akhirnya jumpa!
walaupun tak lah sama kumpulan yang alunkan tu,
tapi asalkan qasidah yang huda suka tu ada.
dengar sampai sayang nak tutup video tu. 
berqasidahlah huda sorang2 ikut lirik yang ada jumpa kat google tu. :)
bila hayati maknanya... betul2 dapat ''rasa''
Allahuakbar.... :'(

نَبِيُّنَا رَسُوْلُ الله
Nabi kami Rasulullah

وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله
Yang mensyafaati kami Habibullah

وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله
Yang Mencintai Kami Khalilullah

عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله
Atas baginda solawat kami ya Allah

رَسُولُ الله كَلِيْمُ الله
Rasulullah julukannya Kalimullah

وَأَعْلَى أَنْبِيَاءِ الله
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah

رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله
Rasulullah pilihan Allah

إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله
Imam bagi yang bertaqwa kepada Allah

أتَانَا رَحْمَةُ المُهْدَاة
Datangnya bagi kami sebagai Rahmah

فَآمَنَّا بِهِ يَا الله
Kami beriman dengan baginda ya Allah

فَوَفِقْنَا وَأكْرِمْنَا
Taufiqkan dan muliakan kami ya Allah

بِحُسْنَى وَالرِّضَا يَا الله
Dengan Husnul Khatimah dan redhaMu ya Allah

إلَهِي عَافِنَا جَمْعًا
Afiatkanlah sekalian kami

مِنَ الأمْرَاضِ يَا الله
Dari segala penyakit ya Allah

وَطَهِّرْنَا مِنَ الأوْزَار
Sucikan kami dari dosa

بِفَضْلٍ مِنْكَ يَا الله
Dengan kurnia dariMu ya Allah

إلَهِي اغْفِرْ مَعَ الأبَوَيْن
Ampunilah bersama ibu bapa kami

إلَهِي ارْحَمْهُمَا يَا الله
Rahmatilah mereka ya Allah

إلَهِي اسْتُرْ جَمِيْعَ الْحَال
Tutupilah segala kejelekan kami

وَلَا تَكْشِفْ بِنَا يَا الله
Jangan disingkapkan ya Allah

إلَهِي وَاهْدِنَا دَوْمًا
Pimpinlah kami senantiasa

لِما تَرْضى بِهِ يَا الله
dengan yang engkau redha ya Allah

وَكُنْ عَوْنًا لَنَا يَا رَبّ
bantulah kami ya Allah

بِدَارَيْنِ مَعًا يَا الله
Dunia dan akhirat ya Allah

وَأَنْزِلْنَا بِفِرْدَوْسٍ
Tempatkan kami di Syurga

بِقُرْبِ مُحَمَّدٍ يَا الله
disisi nabiMu ya Allah

لِنَنْظُرْ وَجْهَكَ البَاقِي
moga terpandang wajahMu yang kekal

بِحُبِّ المُصْطَفَى يَا الله
Dengan cinta nabiMu ya Allah

عَلَى أَحْمَدْ صَلَاةُ الله
Atas Ahmad selawatMu

عَلَى الهَادِى سَلَامُ الله
Atas al-Hadi salamMu ya Allah

وَآلٍ مَعْ صَحَابَتِهِ
Keluarga serta sahabatNya

دَوَامًا سَرْمَدًا يَا الله
buat selamanya ya Allah

2 MaDaH IkhLaSmu..:

SITI NUR AIN BT NIKMAN. said...

Maaf. Boleh tahu tak background music nih lagu apa? Jazakillahukheyr.

jq said...

Pn Siti
http://m.youtube.com/watch?v=6B9BFYtGIug

Post a Comment