Assalamualaikum uolss…
Kalau tak sihat makan ubat. Kalau IMAN TAK SIHAT, a ha haa…
jaga-jaga..! Banyakkan zikir dan selawat. Dekat kan diri pada
pencipta. Kalau tak, diri ni makin jauh..jauh..dan JAuhhhh dengan Allah.
Lagi SAKIT. PERIT.
Entry jamilah kali ini huda nak kongsikan pengalaman huda
sepanjang praktikal di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kalau nak tahu, masa semester 5 di UUM, Sintokyo, Kedah, huda mohon
LZS cawangan sungai buloh sebagai tempat praktikal.
Dekat.
10 minit je jalan
kaki dari rumah. Sebab tak nak ada kos minyak, tol dll. Jalan kaki keluar peluh
sihat sikit. ^^
2 minggu lepas permohonan, terus LZS bagi feedback yang huda
diterima intern kat tempat tu.
Alhamdulillah.
Syukur sangat Allah mudahkan. Tak
perlu lah susah2 nak mohon tempat lain lagi. Duduk diam2 kat UUM tu belajar dan
buat asignment.
Nak dijadikan cerita, Allah nak uji sikit je. Tapi diri ni
macam susah je nak terima. Dapat panggilan dari LZS yang huda tak boleh intern
di cawangan Sg. Buloh. Kena pergi HQ Shah Alam. Dah la tak pernah nak round2
shah alam yang sememangnya banyak round about. (tak suka round about!) Kereta pun
dah la jarang2 nak bawak. Sebab ayah tak berapa nak benarkan anaknya drive. Sayang
kereta katernye.. bukan sayang anaknye..hehehe..kecik hati mak! So selamani
asyik bawak lesen kereta je lah. Nak bawak kereta tu susah betul rasanya. Hemm..Kebetulan
ayah baru keluar Hospital. Ingat kan kalau
dapat di cawangan Sg. Buloh dekat sikit nak tengok2 ayah kat umah time2 rehat. Ummi
cakap takpelah. Ade hikmah tersembunyi kenapa dapat kat Shah Alam.
Dengan berat hati tanggal 15 julai 2013 mula lapor diri
sebagai pelajar praktikal di Lembaga Zakat Selangor Shah Alam di bahagian agihan zakat
sektor perancangan & pemantauan. Huda minta di tempatkan di bahagian kewangan
sebab nak bagi relate dengan kos kewangan tapi tiada kekosongan tempat. Bahagian
HR nak letak huda bahagian khidmat pelanggan. Kena jadi operator. Tapi huda
mohon tukar sebab jauh dengan bidang. Lagi pula ketua bahagian khidmat pelanggan pun tak berapa nak
setuju terima huda di bahagian dia. Akhirnya huda ke bahagian agihan lah.
Di sektor tersebut huda banyak diberi tanggungjawab untuk
menyediakan bajet agihan zakat 2014. Ada hikmahnya. Sebab tak dapat pergi
bahagian kewangan tapi dapat buat banyak perbincangan dengan bahagian tu. Nak buat
laporan praktikal pun ada la idea di samping dapat menimba pengalaman tentang
kerja2 buat bajet.
Di bahagian agihan pun dapat kenal ramai kawan2 berlainan
sektor. Macam sektor pendidikan, pembangunan ekonomi dan lain2 sektor.
Alhamdulillah kawan2 kat sini semua baik2. Kalau mula2 kenal tu biasa la malu2
kucing lagi. Diam je. Dah dua tiga minggu kerja, letih la kan nak jadi pendiam
je. Penat. Bagi je topik. nanti pandai la huda bukak
cerita. Huhu..
Di LZS ni suasana kerja dia best. Banyak juga program2
kerohanian di sini. Ada bacaan yasin mingguan, dan ceramah agama. So takdelah
lalai sangat. Bukan nak cakap tempat kerja lain tu suasana agama dia tak banyak
tapi huda tahu tahap mana diri huda. Huda tabik la kawan2 yang kuat imannya walau
suasana islam tak berapa nak ada sangat di tempat kerja atau belajar diorang.
Tapi yang pasti walau di mana pun kita berada, sama ada
tempat kita tu suasana islamnya ada atau tidak, diri kitalah yang perlu wujudkan
suasana islam di situ. Itu tanggungjawab kita. Bukan tunggu suasana itu dekat dan hadir
dalam diri, tapi kita yang perlu memulakannya dulu. Huda masih pegang kata2 adik
junior sekolah huda dulu. Bagus budak nya.
Setelah 4 bulan berkhidmat sebagai pelajar praktikal, supervisor
sudi nak sambungkan huda bekerja sebagai pekerja sementara di bahagian dan sektor yang sama. Dalam masa 4 bulan tu macam2 kenangan ada. tersenyum bila kenang semula.
Alhamdulillah. Mulai kini berkhidmat sebagai pekerja sebenar (jawatan sementara). bukan lagi sebagai pelajar praktikal. :)
Pesan ummi,
terimalah apa jua kerja, sekali pun ianya bermula dari peringkat
bawah. Tak semestinya kita ada ijazah kita harus bermula terus di jawatan
tertinggi. Belajar sesuatu dari mula. Tak rugi.
Pesan ummi lagi,
Kalau Allah bagi rezeki dapat kerja dan jawatan yang bagus,
jangan berkira untuk buat juga kerja2 jawatan bawahan. Sebab gaji kita tetap
tak akan berkurang. Kerja selagi mampu lillahita’ala.
Dan huda nampak itu pada ciri2 ummi semasa berkhidmat. w/pun
ummi tak mampu nak belajar tinggi, diploma pun tiada, tapi ummi mampu naik
jawatan yang bagus di tempat kerja nya. Kerja biar ikhlas.
Rahsia ummi,
jangan tinggal solat sunat dhuha. Masa sujud terakhir baca
ya basith 40 kali. Al-basith tu maksudnya yang maha melimpah nikmat.
Doa pada Allah. Minta. Jangan sombong!
1 team
geng masuk LZS sama-sama. stil keep in tounch n go
masa jamuan raya bahagian agihan.
program di masjid negeri.
kami 2 student praktikal. cik huda dari UUM, puan muda zati dari UITM
24 MaDaH IkhLaSmu..:
salam..macamana awak apply utk praktikal di pusat zakat ni ye?saya sedang mencari-cari lagi tmpt untuk praktikal.diharap awak dpt membantu.
salam..macamana awak apply utk praktikal di pusat zakt ni ye?saya sedang mencari-cari tmpt praktikal diharap awak dpt membantu.
salam nurun najwa,
Just hantar resume and application letter ke HQ
Ibu Pejabat LZS
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Awak juga boleh buat pertanyaan berkaitan praktikal di number ni. 03-5522 7700 :)
assalamualaikum. sis, kalau kita nak minta buat praktikal di LZS di cawangan bandar baru selayang contohnya, hantar resume ke HQ atau ke cawangan di selayang tu?.. mohon kongsi info ya, jazakillah.. :)
Waalaikumussalam Ana ein.utk aply praktikal samaada di hq atau cawangan perlu dihantar ke HQ..
maaf nk tnye,,nk minta praktikal tu ade kne g interview dlu ke? pihak sne ade kol tak suh dtg interview?
Maaf juga bertanya.. LZS ada sediakan allowance tak ? Berapa ya ?
assalamualaikum,maaf nak bertanya. jika praktikal, wajib ke pakai kasut hitam bertumit ? tq :)
Assalmualaikum..boleh ke prmohonan dihantar mlalui email. Kak huda ada email yg brkaitan tu..n brp lma msa yg kn tggu utk dpt jwpnnya?
Ingat kita lagi tak..??
-patin (spipa)-
Patin...ingatlaaa...he he lama xdgr kabar...masih di Zkt ke?
Assalamualaikum, ada allowance tak praktikal di sini? tak boleh apply online ye?
assalamualaikum..sis mohon nak bertanya.. boleh ker pakai sandal macam crocodile ke, atau hanya dibenarkan pakai kasut bersarung yang gelap?
Cik huda boleh sy dptkn contact awk.. Ada pertanyaan utk LZS..
0196781801
0196781801
Salam..nk tnye..alaun disediakan x klau praktikal kt sni..??
assalam..sis huda.. nk tnye.. kalau nk apply praktikal di pusat zakat negeri sembilan pon kne apply di HQ ye??? dia ambik budak praktikal diploma x??
asslm . blh sye nk tgk report li awak x . sye pon pratikal kt hq zakat . blh email kt sye x ? ini alamat email nadiaamirrudin4@gmail.com
maaf sye tlg jwp kan . yup kt mana pon ,resume ke hntr kt HQ Yg akan tentukan . jika kekosong di tmpt yg nk tu . dia akan bg . all result depends pihak HQ shah alam . tq
assalamualaikum.. nak tany sis huda klu praktikal dkt LZS ada diberi alaun ke?
assalamualaikum..nak tanya boleh ke kalau hantar resume semua melalui email sahaja ke zakat? awak ada alamat email HQ nya tak? please rply ugent, sbb tgh mencari tmpt intern
ada yang dah dapat praktikal di zakat ke
ada yang dah dapat praktikal di zakat ke
Post a Comment